Pusat Internet adalah program yang ditubuhkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia SKMM yang dikendalikan oleh Telekom Malaysia dan MSD Digital Inteligence Sdn Bhd.
Pusat Internet Kg Tengah Peket 100 adalah fasa kedua dimana sebelum ini Pusat Internet ini telah beroperasi di Masjid Mahmuniah Sg Nipah Baroh dengan nama Pusat Internet 1Malaysia Masjid Mahmuniah. Pusat Internet Kg Tengah Peket 100 telah mula beroperasi sepenuhnya pada Ogos 2015 dimana ia telah dilengkapi dengan kemudahan yang lebih terkini berbanding sebelumnya.
Pusat Internet Masjid Mahmuniah.
Setelah mengambil kira keadaan sekitar Pusat Internet Masjid Mahmuniah yang perlu diperluaskan bagi memudahkan komuniti untuk membuat sebarang aktiviti, maka pada awal tahun 2015, bangunan jkkp peket 100 telah dipilih bagi keperluan tersebut. Selain daripada itu, kawasan yang berhampiran dengan bangunan KEMAS dan PDK (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti) telah memudahkan lagi komuniti untuk datang berkunjung ke Pusat Internet kelak.
PDK Sri Panglima
Tabika Kemas An Nur
Pusat Internet Kg Tengah Peket 100 telah beroperasi pada 1 / 8 / 2015. Bangunan asal bagi Pusat Internet Kg Tengah Peket 100 adalah Pusat Menjahit bagi komuniti Peket 100.
Bangunan Asal Pusat Menjahit Komuniti Peket 100