mcmc
Aktiviti Semasa

Aktifkan Squad Norma Baru

Memperkasakan dan menyediakan komuniti untuk pencegahan COVID-19 adalah kriteria ke 6 yang disarankan oleh WHO sebelum PKP ditamatkan.

Pencegahan di peringkat komuniti dan individu memerlukan kerjasama di antara komuniti dan kerajaan. Dan antara kumpulan yang rapat dengan komuniti adalah sukarelawan komuniti, ketua kampung, wakil rakyat, KRT, dan sebagainya.

Aktifkan skuad komuniti anda di kampung, taman, dan kawasan anda dan perkasakan komuniti dengan aktiviti promosi dan pengetahuan covid, saringan covid, dan aktiviti pencegahan di dalam setiap aktiviti komuniti. Ini termasuk SOP norma baru yang telah disyorkan oleh MKN dan KKM.

Disamping itu juga, pihak komuniti boleh mewujudkan ikon atau tokoh yang boleh menyebarkan info COVID-19 dengan lebih berkesan.

Malah, artis, instafemes, dan penggiat media sosial juga boleh menjadi ikon untuk komuniti netizen.

Bersama-sama kita mencegah Covid-19 di peringkat komuniti.

#StayAtHome#StaySafe#Covid-19