mcmc
Aktiviti Semasa

Cara-Cara Melawan Kemurungan Ketika PKP

Kepentingan rutin tidak boleh dinafikan terutamanya kepada kanak-kanak. Sebelum ini mungkin rutin telah terbentuk secara tak langsung: bangun, pergi kerja, buat kerja, balik kerja, luang masa untuk keluarga, tidur.

Sekarang PKP telah mengubah rutin ini seratus peratus, semuanya kita sendiri yang kawal.

Kajian tentang pengalaman trauma menggalakkan kita untuk menjaga rutin setiap hari. Maksudnya makan pada waktu selalu kita makan, tidur, berjalan dan bersenam pada waktu kebiasaan serta kekalkan hubungan sosial walaupun secara jauh atau virtual. Masa yang tidak kita susun akan membuatkan kita lebih mudah untuk bosan dan gemuruh. Itu boleh membawa kepada cara mencegah yang tidak sihat.

Jadi, susun jadual dan buat rutin. Jangan biarkan mental anda terawang-awang. Cuba sehabis baik untuk ikut jadual dan tidak mengapa apabila ada masanya terlanggar jadual, ia tidaklah janggal. Yang penting, mental anda dapat lepas dari sebahagian beban dalam tempoh PKP ini.

#SelangorGempurCovid19
#MentalSihatPKP
#STFC
#COVID19

Amirudin Shari

#StayAtHome#StaySafe#Covid-19