
Dengan segala hormatnya, kami berbesar hati ingin menjemput anda untuk menyertai Webinar NADI SAFE & SHIELD. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran digital, memperkasakan komuniti dengan pengetahuan keselamatan siber, membina amalan perlindungan data, memupuk etika digital, serta menyokong usaha kerajaan dalam membentuk masyarakat yang celik teknologi dan bertanggungjawab dalam penggunaan digital.
Agenda Webinar Mengikut Negeri:
Isnin – Negeri Sembilan
Selasa – Selangor
Rabu – Perak
Khamis – Wilayah Persekutuan KL & Putrajaya
Syarat Penyertaan:
Terbuka kepada ahli NADI yang berdaftar
Berumur 7 tahun hingga 17 tahun
Penyertaan adalah PERCUMA