
Buat makluman semua dan buat anda yang baru mengenali dana kami, Tabung #COVID19MTM telah lancarkan pada 22 Mac 2020 bertujuan mengutip dana bagi membantu barisan hadapan menghadapi virus #COVID19.
Bagi tujuan tersebut, setakat ini kami #MedTweetMY telah melancarkan lima projek utama, 2 projek kerjasama dan beberapa projek khas bagi memaksimumkan bantuan kepada barisan hadapan.
Bagi Projek Tudung, kami telah menerima banyak sumbangan tudung baru oleh syarikat jenama tudung dan orang persendirian secara percuma.
Tudung-tudung ini telah diserahkan kepada barisan hadapan yang akan memakainya semasa bekerja, tidak kira wanita atau lelaki, Muslim atau tidak, bagi melindungi kepala mereka dan semasa memakai PPE.
Wang dana daripada Tabung #COVID19MTM tidak digunakan sama sekali dalam pembelian tudung untuk projek ini. Penghantaran tudung ke destinasi hospital dan premis kesihatan serata Malaysia juga menggunakan perkhidmatan #impacttolonghantar bagi memastikan ianya sampai terus kepada barisan hadapan yang sedang berkhidmat untuk negara pada masa ini.
Untuk makluman, projek ini telah ditutup dan kami tidak lagi membuka sebarang sumbangan atau permintaan. Terbaru kami telah mengadakan usahasama dengan ILKBS untuk menghasilkan PPE dan tudung daripada bahan “non-woven”.
Bagi mereka yang ingin melihat perjalanan projek ini, boleh lihat di pautan berikut ;
1. Twitter MedTweetMY
https://bit.ly/ProjekTudungCOVID19MTM
2. Instagram Tabung COVID19MTM
https://bit.ly/IGCOVID19MTM
Diharapkan kenyataan ini dapat menjernihkan persoalan tentang projek tudung Tabung
Kami menghargai sokongan, sumbangan dan bantuan yang diberikan oleh rakyat Malaysia dalam usaha ini.
Kami juga ingin mengingatkan bahawa bagi mereka yang ingin mengutarakan permasalahan dan persoalan tentang tabung ini atau mana-mana aktiviti pertubuhan, anda boleh menghantar emel kepada medtweetmyofficial@gmail.com.
Bagi anda yang ingin menderma ke akaun pertubuhan #MedTweetMY untuk Tabung #COVID19MTM, jangan ragu-ragu untuk terus menderma ke akaun CIMB 8009117785.
Terima kasih.
#StayAtHome#StaySafe#Covid-19
