https://www.instagram.com/reel/DLmhsVty46Q/?igsh=N2p4aWkzYTlnaGhz
Kenali Puan Sila, salah seorang usahawan NADI dari NADI Kampung Orang Asli (KOA) Kelinsing, Selangor. Puan Sila ialah usahawan kraftangan anyaman yang aktif menghasilkan pelbagai produk berasaskan anyaman tradisional.
Menerusi program perkhidmatan pintar di bawah teras keusahawanan, peranan NADI terus diperkukuh untuk membantu usahawan seperti Puan Sila dengan menyediakan latihan dan bimbingan bagi mengembangkan perniagaan mereka. Lokasi pusat NADI yang dekat dengan komuniti turut memudahkan usahawan untuk memperoleh ilmu dan sokongan yang diperlukan.