mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Q1 2019 Muhamad Nazir Bin Sulaiman

PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN MEMOTONG RUMPUT DAN MERACUN

Nama Muhamad Nazir bin Sulaiman
Umur : 35 tahun
Ahli 2014

Latar belakang

Encik Nazir adalah individu yang tidak terdedah kepada penggunaan ICT sebelum ini. Setelah Pusat Internet Kg Tengah Peket 100 beroperasi, PDK Seri Panglima dan Pusat Internet telah menjalankan pelbagai aktiviti ICT bersama Komuniti di Peket 100.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini, Encik Nazir tidak pandai menggunakan Internet sebagai platform ICT bagi mencari pelbagai maklumat dan informasi. Beliau juga jarang melibatkan diri di Media Sosial dan menjual produk jualan atas talian. Produk jualan beliau hanya tertumpu kepada rakan-rakan dan kenalan sekitar Simpang Lima

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pusat Internet Kg Tengah Peket 100 telah memberi peluang kepada Encik Nazir untuk mempelajari perkara baru seperti mengunakan kaedah Online Shopping seperti MYSHOP bagi tujuan meluaskan lagi produk beliau. Beliau telah mampu mengunakan perkakasan komputer dan melayari media sosial. 

Laporan Aktiviti

CELIK IT – Q1 2019 Normala Binti Misron (2)

BELAJAR MENGENAL PERKAKASAN KOMPUTER DAN MENGUNAKAN INTERNET

Nama Normala binti Misron
Umur : 47 tahun
Ahli 2017

Latar belakang

Normala Binti Misron merupakan pelajar PDK Simpang Lima yang telah lama belajar ICT di Pusat Internet Kg Tengah Peket 100

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini, beliau hanya mengunakan komputer bagi tujuan bermain Games dan tidak ada pengawasan akan pengunaan yang beretika. Beliau sering bermain permainan Games yang tidak sesuai dengan umur beliau. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pusat Internet Kg Tengah Peket 100 telah memberi pendedahan akan kepentingan ketika di media sosial di samping menjaga kesihataan daripada melayari komputer dengan lebih kerap.