mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Celik IT Januari 2017

Butiran

Nama : Puan Arbiainyah binti Bahari

Umur : 62

Tahun menjadi Ahli PI1M : 22 Oktober 2016

Latar belakang

Puan Arbianyah seorang warga emas yang telah menetap di Peket 100, Sungai Besar sejak dari lahir. Beliau seorang jenis yang ingin belajar dan boleh mempelajari ilmu baru.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum ini Puan Arbianyah tidak ada akaun Facebook dan tidak ada yang membantu beliau untuk mengekses / mendaftar akauan Facebook. Puan Arbianyah hanya tertumpu kepada WhatsApp bagi memdapat berita setempat.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Kewujudan PI1M Kg Tengah Peket 100 sejak Ogos 2015 telah membuka peluang kepada Puan Arbianyah belajar dan menimba ilmu ICT dengan lebih mudah dibantu oleh Pengurus dan Penolong Pengurus.

 

Apa yang dipelajari melalui PI1M 

       Mempelajari cara mendaftar akaun Gmail

       Membuka Akaun Facebook dan cara untuk Install Aplikasi Facebook di Talifon Pintar

       Cara memuat naik gambar dan mencari rakan-rakan dan mengumpul berita semasa setempat

       Cara daftar keluar akaun selepas daftar masuk ke Facebook bagi tujuan keselamatan

Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

 

      PI1M memudahkan Puan Arbianyahmempelajari ilmu ICT

      Memberi tunjuk ajar yang berterusan

  Memberi peluang untuk Puan Arbianyah mengekses akaun beliau di Pi1m sambil dipantau oleh   Pengurus/Penolong Pengurus