Mengimbas kembali, Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek merupakan fasa ke-4 daripada 6 fasa, atau “6R”, dalam usaha Kerajaan menangani cabaran kesihatan dan ekonomi disebabkan Covid-19.
Sejak awal bulan Mei, Kementerian Kewangan Malaysia telah mengadakan sesi libat urus bersama lebih 100 pihak berkepentingan. Ini termasuklah sektor pelancongan, usahawan sosial, industri kreatif, persatuan peniaga, teknologi dan e-dagang, pendidikan, perumahan, pembuatan, sumber manusia, perubatan swasta, perkhidmatan professional, NGO, serta pertanian dan perladangan.
Kementerian juga telah menerima dan menganalisa pelbagai cadangan mengenai langkah-langkah yang boleh diperkenalkan.
#PrihatinNasional
#Covid19
#MakcikKiah
#Laksana
#PRIHATIN #KitaMestiMenang