mcmc
Aktiviti Semasa

Lindungi Mereka, Sayangi Mereka

Lagi beberapa jam kita akan memulakan rutin ibadah yang memerlukan penyesuaian dari segi pemakanan iaitu waktu sahur dan berbuka.

Dalam masa penularan wabak Covid-19 ini, warga emas adalah antara golongan yang berisiko mendapat komplikasi atas faktor umur, kekurangan daya tahan dan faktor penyakit-penyakit kritikal yang lain.

Oleh demikian, sama-sama kita pastikan ibu bapa kita terhindar daripada sebarang risiko dengan memastikan kecukupan bekalan makanan berkhasiat, ubat-ubatan, penyesuaian jadual pengambilan ubat dan sebagainya.

Selamat berpuasa untuk semua. Moga kekal bertenaga dan produktif sentiasa.

#Ramadan #KitaJagaKita #WargaEmas #Covid19

#StayAtHome#StaySafe#Covid-19