

ssalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua petugas NADI yang dedikasi,
Pihak MAHIR dengan sukacitanya menjemput semua ahli NADI untuk bersama-sama memeriahkan Program βBawaku Ke Sini β Tayangan & Bicara Karyaβ, iaitu pertandingan Mobile Videography yang akan berlangsung seperti berikut:
π
Tarikh: 16 Ogos 2025 (Sabtu)
π Masa: 9:30 pagi β 1:30 petang
π Platform: YouTube Studio NADI MAHIR (Live Streaming)
π Tonton di sini: https://www.youtube.com/live/QF2UZC16-t0
Program ini menghimpunkan finalis berbakat dari peserta MAHIR FOTO INTAKE 1 yang mengetengahkan kreativiti seni videografi mudah alih hanya menggunakan telefon pintar. Semasa program berlangsung, kita akan menayangkan karya-karya video yang telah disenarai pendek dan disusuli dengan sesi perkongsian bersama para juri:
Fahmi Samsudin β Pensyarah Fotografi, Fakulti Seni Lukis Seni Reka, UiTM / Content Creator
Azfarina β Cikgu MAHIR Foto
Ahmad Hanif β Cikgu MAHIR Foto
π Cabutan Bertuah juga menanti penonton yang mendaftar!
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kreativiti komuniti kita dan memberi sokongan kepada para peserta.
Penyertaan:
β
Tiada had umur
β
Percuma
β
Terbuka kepada semua ahli NADI Kg Tengah Peket 100
Untuk maklumat lanjut boleh berkunjung ke NADI Kg Tengah Peket 100