#COVID-19 #JomBeringat
JADILAH PENGGUNA YANG BIJAK!
Jangan mudah terpedaya dengan tawaran harga murah penjualan topeng muka dan cecair pembasmi kuman yang banyak dalam talian.
Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) ingin menasihati warganet agar lebih berhati-hati sebelum membuat pembayaran pembelian dalam talian untuk sesuatu barangan yang tidak diketahui kesahihannya. Layari Portal Rasmi JSJK http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ untuk membuat semakan nombor akaun atau telefon penjual dalam talian, sebagai langkah berjaga-jaga.
Ayuh ikuti panduan pembelian dalam talian yang disediakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna bagi mengelakkan anda menjadi mangsa penipuan seterusnya!
Sumber: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN