mcmc
Aktiviti Semasa

PERTANDINGAN USAHAWAN BARU ONLINE PUSAT INTERNET (PI) 2020

PERTANDINGAN USAHAWAN BARU ONLINE PUSAT INTERNET (PI)

Tujuan
i. Mengukuhkan pusat internet sebagai Pusat Latihan Keusahawanan
ii. Membantu peniaga menggunakan internet sebagai platform berniaga dan
meluaskan pasaran untuk menambah pendapatan
iii. Membantu petugas mencapai KPI latihan keusahawanan
iv. Kenalpasti produk yang boleh ditempatkan di Pusat internet

Isi Kandungan
i. Kelas Asas Perniagaan Online
ii. Bengkel mengambil gambar produk
iii. Rekod Jualan dan stok dalam tempoh pertandingan

Syarat-syarat pertandingan
i. Mempunyai produk jualan dan belum ada akaun jualan dalam talian (Barangan Larangan tidak dibenarkan)
ii. Ahli Pusat Internet kelolaan TM/MSD dan Warganegara Malaysia
iii. Berumur 18 tahun dan ke atas
iv. Wajib mengisi Borang Penyertaan dan mengikuti kelas dan bengkel yang ditetapkan (Shopee atau Lazada)
v. Perlu menyertakan Invois dan rekod Jualan bulanan (Cetak dari Platform yang digunakan) kepada Petugas untuk dihantar bersama Laporan Akhir
vi. Pemenang akan dipilih berdasarkan peratus keuntungan dan Jumlah jualan. Hanya peserta yang mempunyai jualan sekurang kurangnya 30% dan ke atas dalam tempoh pertandingan sahaja akan diambil kira untuk penentuan pemenang tanpa mengira bulan dalam tempoh pertandingan.
vii. Petugas Pusat Internet dan pasangan, adik beradik sendiri dan pasangan, ibu bapa sendiri dan pasangan adalah dilarang menyertai pertandingan.

Untuk Mendapatkan lanjut berkaitan semua pertandingan yang diadakan boleh menghubungi:
Pengurus – Naziha 013 537 7875
Penolong Pengurus – Saifuwan 017 992 9344