mcmc
Aktiviti Semasa

Aktiviti Pusat Internet 1Malaysia – Program Dashboard Bersama Pbt

Aktiviti: Program Dashboard Bersama Pihak Berkuasa Tempatan

Tarikh : Isnin (7 November 2016)

Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Peket 100

 

Pusat Internet 1Malaysia Peket 100 telah mengadakan Program Dashboard iaitu MySoal bersama Pihak Berkuasa Tempatan daerah Sabak Bernam. Tujuan Program diadakan adalah bagi memperkenalkan Aplikasi Mysoal di dalam Dashboard yang memudahkan urusan aduan orang awam disampaikan kepada Pihak Berkuasa Tempatan dengan lebih teratur dan tersusun. Pihak Berkuasa Tempatan yang terlibat terdiri daripada pihak Bomba, Majlis Daerah Sabak Bernam,dan Polis Daerah Sabak Bernam.Program bermula pada jam 9.45 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari.