mcmc
Aktiviti Semasa

Top Soalan Berkaitan Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

 

TOP SOALAN BERKAITAN DENGAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL : KENAPA JANDA MEMPUNYAI TANGGUNGAN ANAK LAYAK RM800 BUKAN RM1600

Markonah, kakak sulung Makcik Kiah

Saya Markonah! Kakak Sulong Mak Cik Kiah. Saya Marah! Hati Kak Konah membara! Kenapa Konah dapat RM800 sedangkan Konah Janda ada tanggungan anak! Dalam FAQ jelas menyatakan jika ada tanggungan anak, Konah layak dapat RM1600. Bab duit jangan main-main dengan Konah!

Siti, Pegawai Khidmat Pelanggan MyGCC

Sabar Puan Markonah. Saya Siti. Saya bantu puan. Pertama sekali betul FAQ menyatakan jika B40 layak untuk bantuan RM1600 jika dalam permohonan BSH 2020 sebelum ini puan ada melaporkan maklumat anak puan. Walaubagaimanapun, untuk masalah seperti ini Puan perlu terus menghubungi LHDNM di talian 1-800 882 747 / 03-8911 1000 atau mesej FB LHDNM di https://www.facebook.com/LHDNM/

#MyGCC #MAMPU #JPM#StaySafe #StayAtHome #Covid19