Mengapa Operating Capacity (Kapasiti Operasi) atau OC penting dalam perniagaan?
OC merujuk kepada tahap penggunaan kapasiti pengeluaran oleh sesebuah syarikat dalam menghasilkan produk atau perkhidmatan mereka. Bergantung kepada jenis perniagaan, kapasiti pengeluaran sesebuah syarikat bergantung kepada peruntukan tenaga kerja, proses pengeluaran atau kebolehan teknologi syarikat.
Jika sesebuah syarikat beroperasi pada tahap OC yang rendah dalam jangka masa yang panjang atas sebab PKP, ia boleh memberi impak yang besar kepada kedudukan syarikat dalam pasaran dan juga keadaan kewangan syarikat tersebut. Ini kerana apabila syarikat ini tidak dapat memenuhi permintaan luaran, peluang perniagaan ini akan diambil oleh pesaing daripada negara lain.
Tambahan lagi, apabila syarikat tidak beroperasi, ia hilang punca pendapatan dan akan mengalami masalah aliran tunai. Akibatnya, syarikat tidak akan mampu membayar kos tetap seperti gaji pekerja atau sewa serta kos-kos overhed seperti kos pentadbiran atau pemasaran.
Jika ini terjadi, syarikat dalam jangka masa panjang mungkin perlu mengurangkan kos mereka melalui pemotongan gaji, menghentikan pekerja atau yang paling buruk, menghentikan operasi seluruhnya.
Atas sebab ini sektor-sektor tambahan perlu dibenarkan beroperasi bagi melindungi mata pencarian Rakyat Malaysia.
#PKP3 #Proaktif #MengimbangiEkonomidanKesihatan #KitaJagaKita #BarisanHadapanEkonomi
Azmin Ali Lim Ban Hong @lokman hakim ali
Malaysian Investment Development Authority – MIDA MATRADE HQ MIDF GROUP SIRIM Berhad STANDARDS MALAYSIA Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute InvestKL
#StayAtHome#StaySafe#Covid-19